Pages

leaderboard2 denaihati Banner

Wednesday 13 November 2013

Pertama Kali Bekerja

Assalamualaikum...
Salam sejahtera.....semua.


Bekerja, Pertama Kali Bekerja, Kerjaya, Suka Kerja, Dapat Duit Dengan Bekerja
Pertama Kali Bekerja

Dapat Kerja Baru


Stokis Tia Amelia
Pertama kali bekerja, perasaan sungguh gembira sekali. Kenapa tidaknya, sudah pasti dapat gaji apabila genab sebulan bekerja. Sebagai seorang pelajar dan cuti sekolah dah bermula. Tak salahkan bekerja untuk mengisi poket daripada duduk saje tengok TV atau dalam kata erti lain makan, tidur, lepas tidur makan dan lepas makan tidur.

Sambil-sambil tunggu result PMR, bila difikir????? lebih baik bekerja dan pula ibubapa mengizinkan saya bekerja tapi kena jaga diri, bersopan santun, berbudi bahasa, sentiasa senyum dan paling penting jangan tinggal solat, lainlah dalam keadaan uzurkan?
 

Apa Pekerjaannya


suasana di dalam kedai, keaadaan di kedia, kedai stokis kecantikan.
Keadaan Di Dalam Kedai
Saya bekerja di pusat kecantikan atau produk kecantikan di Bandar Kota Bharu iaitu di stokis Tia Amelia. Saya bekerja di sini pun ibu saya yang carikan. Kerjanya tak susah sangat, duduk tunggu pelanggan datang mencari dan membeli produk kecantikan dan kesihatan. Ada pelbagai produk dijual. Asal saja untuk kecantikan dan kesihatan semuanya dijual. Ada pelbagai jenama dijual.


bekerja, kerja, jana duit untuk masuk poket
Sesuai Tak Saya Bekerja?
Sehingga ke hari ini, dah dua minggu bekerja...hari tu dapat gaji selama 1 minggu bekerja. Bolehlah duit gaji tu disimpan untuk kegunaan bila sekolah kembali dibuka pada tahun 2014 nanti. Alhamdulillah...... rezeki  ini  Allah  jua  yang  berikan,  kita  hanya  berusaha. Orang kata  "Ada Kerja Ada Gaji".

Semoga bersua kembali di lain artikel, selamat bercuti untuk semua rakan-rakan sekelian.

Wednesday 19 December 2012

Kemeriahan Tidak Terhingga

Assalamualaikum......
Salam sejahtera............


 Kemeriahan Tidak Terhingga 
Entri ini di bisikan hati pada hari Rabu, 19 Disember 2012, pukul 10.17 pm.

          Setiap orang ada saat yang mengembirakan. Gembira terhadap suasana di ketika itu. Bila gembira, hati terasa riang. Bisikan hati sentiasa terdetik meluahkan perasaan hati ini untuk tatapan umum, bukan untuk bermegah tapi sekadar berkongsi kegembiraan. Sudah pasti anda juga ada perasaan sedemikian juga.

       Baiklah....Sekarang masa yang sesuai untuk dipaparkan di sini untuk didiarikan di laman blog ini untuk tatapan diri ini, keluarga serta rakan-rakan kenalan yang baru dan yang belum dikenali lagi.

      Ceritanya adalah kemeriahan sambutan hari lahir adik ku Nur Aliesya Syazleen yang ke 5 tahun. Maklum sajalah dapat kek special daripada abahnya (penghias kek ising) untuk diraikan bersama keluarga terdekat. Sementara itu adik ku juga dapat sebuah basikal sempena hari lahirnya itu.

FOTO 1-Kek Birthday Adik Ku Yang Ke 5 Tahun

FOTO 2-Dapat Hadiah Birthday Daripada My parent

FOTO 3-Posing Dengan Basikal Yang Baru Dapat

             Hanya ini saja foto diletakkan di sini, bukan tak mahu letak, cuma yang lain tu tidak menarik, matanya terpejam la..., berpaling ke lain tempat la...., masam la.... dan sebagainya.

       Bisikanhati yaya mengucapkan selamat hari lahir ke 5 buat adik ku Nur Aliesya Syazleen. Semoga si Aliesya tu dipanjangkan usia dan dapat belajar dengan ceria.Insya Allah  kerana pada tahun 2013, dia akan bersekolah di tadika Chong Cheng buat tahun ke 2, sebab tahun lepas dah bersekolah di situ. Ini adalah kali ke 2 dia belajar di situ.

          Sekian dahulu buat kali ini......

Wassaalam..........!!  
         

Sunday 9 December 2012

Biodata Diri-Bisikan Hati Yaya

Assalamualaikum....
Salam sejahtera..........semua.


Biodata Diri 

NAMA: Nur Azra Syazwana Bt Kamil
UMUR: ?? Tahun.
TARIKH LAHIR: 15/05/19??.
TEMPAT TINGGAL: Kota Bharu, Kelantan.
SEKOLAH: Sek Men Keb Puteri, Kota Bharu, Kelantan.



Bisikan Hati Yaya 


                
           Aku dilahirkan di sebuah Hospital di Kota Bharu, tidak jauh daripada tempat tingal ku. Aku adalah anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Ayahku bernama Kamil dan ibuku bernama Aniza.

           Aku bersekolah di Sek.Ren.(A) Tg Amalin Aishah Putri di Kota Bharu, Kelantan. Bila dinaikkan di sekolah menengah, aku mula bersekolah di Sek Men Keb Puteri, Kota Bharu, Kelantan. Aku dibesarkan denagn penuh kasih sayang oleh kedua-dua ibubapa ku.

             Aku mahu berjinak dengan menulis setelah melihat ayahku sangat berminat jadi blogger, walaupun secara sambilan. Namun beliau amat teliti dalam setiap entri yg dikarangkannya. Dari situlah hatiku mula terdetik ingin juga membina laman blog untuk kegunaan sendiri.                                                       

Please Share This!!

Recommend on Google