Pages

leaderboard2 denaihati Banner

Wednesday 13 November 2013

Pertama Kali Bekerja

Assalamualaikum...
Salam sejahtera.....semua.


Bekerja, Pertama Kali Bekerja, Kerjaya, Suka Kerja, Dapat Duit Dengan Bekerja
Pertama Kali Bekerja

Dapat Kerja Baru


Stokis Tia Amelia
Pertama kali bekerja, perasaan sungguh gembira sekali. Kenapa tidaknya, sudah pasti dapat gaji apabila genab sebulan bekerja. Sebagai seorang pelajar dan cuti sekolah dah bermula. Tak salahkan bekerja untuk mengisi poket daripada duduk saje tengok TV atau dalam kata erti lain makan, tidur, lepas tidur makan dan lepas makan tidur.

Sambil-sambil tunggu result PMR, bila difikir????? lebih baik bekerja dan pula ibubapa mengizinkan saya bekerja tapi kena jaga diri, bersopan santun, berbudi bahasa, sentiasa senyum dan paling penting jangan tinggal solat, lainlah dalam keadaan uzurkan?
 

Apa Pekerjaannya


suasana di dalam kedai, keaadaan di kedia, kedai stokis kecantikan.
Keadaan Di Dalam Kedai
Saya bekerja di pusat kecantikan atau produk kecantikan di Bandar Kota Bharu iaitu di stokis Tia Amelia. Saya bekerja di sini pun ibu saya yang carikan. Kerjanya tak susah sangat, duduk tunggu pelanggan datang mencari dan membeli produk kecantikan dan kesihatan. Ada pelbagai produk dijual. Asal saja untuk kecantikan dan kesihatan semuanya dijual. Ada pelbagai jenama dijual.


bekerja, kerja, jana duit untuk masuk poket
Sesuai Tak Saya Bekerja?
Sehingga ke hari ini, dah dua minggu bekerja...hari tu dapat gaji selama 1 minggu bekerja. Bolehlah duit gaji tu disimpan untuk kegunaan bila sekolah kembali dibuka pada tahun 2014 nanti. Alhamdulillah...... rezeki  ini  Allah  jua  yang  berikan,  kita  hanya  berusaha. Orang kata  "Ada Kerja Ada Gaji".

Semoga bersua kembali di lain artikel, selamat bercuti untuk semua rakan-rakan sekelian.

Please Share This!!

Recommend on Google