Assalamualaikum...
Salam sejahtera.....semua.
Pertama Kali Bekerja |
Dapat Kerja Baru
Stokis Tia Amelia |
Pertama kali bekerja, perasaan sungguh gembira sekali. Kenapa tidaknya, sudah pasti dapat gaji apabila genab sebulan bekerja. Sebagai seorang pelajar dan cuti sekolah dah bermula. Tak salahkan bekerja untuk mengisi poket daripada duduk saje tengok TV atau dalam kata erti lain makan, tidur, lepas tidur makan dan lepas makan tidur.
Sambil-sambil tunggu result PMR, bila difikir????? lebih baik bekerja dan pula ibubapa mengizinkan saya bekerja tapi kena jaga diri, bersopan santun, berbudi bahasa, sentiasa senyum dan paling penting jangan tinggal solat, lainlah dalam keadaan uzurkan?
Apa Pekerjaannya
Keadaan Di Dalam Kedai |
Saya bekerja di pusat kecantikan atau produk kecantikan di Bandar Kota Bharu iaitu di stokis Tia Amelia. Saya bekerja di sini pun ibu saya yang carikan. Kerjanya tak susah sangat, duduk tunggu pelanggan datang mencari dan membeli produk kecantikan dan kesihatan. Ada pelbagai produk dijual. Asal saja untuk kecantikan dan kesihatan semuanya dijual. Ada pelbagai jenama dijual.
Sehingga ke hari ini, dah dua minggu bekerja...hari tu dapat gaji selama 1 minggu bekerja. Bolehlah duit gaji tu disimpan untuk kegunaan bila sekolah kembali dibuka pada tahun 2014 nanti. Alhamdulillah...... rezeki ini Allah jua yang berikan, kita hanya berusaha. Orang kata "Ada Kerja Ada Gaji".
Sesuai Tak Saya Bekerja? |
Semoga bersua kembali di lain artikel, selamat bercuti untuk semua rakan-rakan sekelian.